TODAY'S QUOTE
"You cannot go into battle believing you will lose."

Akisame Koetsuji
(Kenichi: The Mightiest Disciple)
(2016) Tips Temu Duga Seni Lukis dan Seni Reka UiTM

Assalamualaikum semua!
Orang yang tekan link blog Hana ini mesti kes korang dapat pergi sesi temu duga seni lukis dan seni reka kan? hihi. Tahniah dan Alhamdulillah. 
(Andaian sahaja. Tidak tahulah sekiranya ada yang menekan untuk suka-suka)

Sebelum itu, adik-adik yang minat seni tetapi tidak mengambil subjek seni di masa sekolah menengah, korang jangan risau. Nanti bila korang sampai sana, ramai yang bukan dari aliran atau yang ambil subjek seni semasa SPM. Hana juga begitu. Kali terakhir Hana ambil kelas seni semasa sekolah ialah sekolah rendah. Ya la, sekolah menengah Hana ketika itu tiada seorang pun cikgu seni. Jadi, ketika kelas seni berlangsung, selalunya cikgu suruh lukis apa-apa sahaja. Ikut suka. (Agak kecewa sebab itu subjek favourite Hana tetapi itu tidak bermakna Hana tidak perlu belajar langsung tentang seni. Kiranya Hana banyak self-studies.)

Baiklah, anda bersedia?

Sebelum itu (lagi sekali), korang kena tahu yang fakulti seni lukis dan seni reka ini ada 9 course yang ditawarkan. Jadi, siapa yang buka entri blog Hana ini, sila lah fikir masak-masak dan sediakan diri dengan pengetahuan course yang korang mahu ambil. ALSO, YANG INTERVIEW KORANG IALAH LECTURER2 BAGI 9 COURSE YANG AKAN DISEBUTKAN. Kalau korang betul-betul nak course yang korang minta, seeloknya, korang ada bukti yang korang dah buat benda-benda yang berkaitan dengan course yang korang hendak ambil. Contohnya, yang hendak ambil seni fesyen, bawalah mana-mana baju atau kain-kain yang korang pernah jahit. Serius, peluang korang untuk diterima lebih tinggi berbanding orang yang tidak bawa apa-apa.

a) Seni Halus 
(Hana minta yang ini dan alhamdulillah Hana berjaya dapat.)
Untuk senang faham, seni halus ini berkaitan dengan painting2. Orang selalu kata, seni halus ini adalah ibu kepada segala seni. Orang kata la. hehe. (tetapi Hana sebenarnya setuju dengan statement ini.)

b) Seni Grafik
Ha.... yang ini, di tempat Hana, ramai minta ini TETAPI ramai yang tidak berjaya. Sebab apa ramai tidak berjaya? 1) Ramai minta maka persaingan tinggi. 2) Maka, dia akan utamakan orang yang bawa hasil-hasil grafik yang mereka pernah buat. Ini adalah pilihan kedua Hana dan kebetulan yang interview Hana ialah lecturer untuk seni grafik. Hana pernah buat grafik, jadi Hana tunjuk sahaja beberapa hasil yang Hana pernah buat (melalui screenshot phone haha). Tuan lecturer itu kata, dari gaya lukisan Hana dari Ujian Melukis (nanti Hana terangkan) memang gaya orang seni halus tetapi, dari tengok hasil-hasil graphic editing Hana, memang bagus. Jadi dia nak ambil Hana jadi student dia, tetapi Hana tetapkan pendirian, Hana lebih minat untuk belajar seni halus. 

c) Seni Fotografi
Siapa yang suka ambil gambar itu, bawa kamera terus pun tidak apa. Tunjuk sahaja gambar-gambar yang pernah korang tangkap. Tunjuk gambar dalam phone pun tidak apa.

d) Seni Fesyen
Yang ini, sila pastikan korang tahu menjahit, dan tahu jenis jahitan.
Kalau korang pernah buat baju lagi bagus. Bawa sahaja baju itu terus. Peluang korang untuk masuk lebih tinggi.

yang Hana akan sebutkan selepas ini, Hana kurang pengetahuan, jadi sila buat rujukan sendiri tentang perkara-perkara berikut:

e) Seni Logam Halus (reka barang-barang kemas)

f) Seni Pencetakan

g) Seni Seramik

h) Seni Reka Perindustrian (design kereta)

i) Seni Tekstil

------------------------------------------------------------------------------------

1. Sekiranya adik-adik meletakkan kos diploma seni lukis dan seni reka dalam pilihan upu adik-adikterutamanya yang meletakkan kos itu di pilihan pertama, kedua, dan ketiga, selalu praktikkan diri sendiri untuk melukis live to live drawing. (Sebab peluang korang dapat panggilan temu duga agak tinggi) Kiranya, melukis benda yang di hadapan mata. Contohnya, korang ambil 2 cawan kaca dan sebuah buku, and then korang susun posisi ketiga-tiga barang tersebut yang korang rasa cantik, dan try lukis benda itu. Sebab nanti dalam Ujian Melukis, korang kena buat live to live drawing. Macam Hana, bilik yang Hana dapat punya barang bukan main payah nak lukis hahahaha. Tetapi Alhamdulillah, sebab Hana dah praktis banyak kali, maka benda itu tidaklah sesukar mana.

2. Dapat sahaja keputusan panggilan temu duga, sila sediakan awal-awal dokumen penting yang perlu dibawa. Dalam surat panggilan temu duga itu, dia sudah beritahu awal-awal apa yang perlu dibawa, tetapi Hana akan beritahu juga apa yang PALING PENTING DAN JANGAN TERINGGAL.

- kad pengenalan diri (asal dan salinan)
- kad pengenalan ibu bapa (salinan)
- surat beranak diri (asal dan salinan) dan surat beranak ibu bapa (salinan)
- slip keputusan SPM (salinan)
- sijil berhenti sekolah ( salinan)

Selebihnya, salinan sijil-sijil ko-kokurikulum untuk tambahan markah dalam temu duga. Kalau yang ada kaitan dengan kos yang korang hendak ambil, walaupun peringkat sekolah, SILA BAWA.

3) Pakaian untuk lelaki, kemeja panjang dan seluar slack, berkasut formal. Untuk perempuan, baju kurung/baju kebaya, kalau tidak pakai tudung pastikan rambut kemas terikat, berkasut formal. BAWA PORTFOLIO SENI KORANG (BAGI YANG AMBIL SENI SEMASA SPM) DAN BAWA SEGALA LUKISAN/HASIL-HASIL KERJA KORANG (BAGI YANG TIDAK AMBIL SENI SEMASA SPM)

4) Hari yang dinantikan, pada hari itu, kalau nak habis awal, SILA DATANG AWAL. Sebab, jangan korang jangka orang yang hendak ambil seni lukis dan seni reka ini sedikit. SERIUS RAMAI GILA WEYH. Alhamdulillah, Hana datang awal (sebab family Hana memang pantang tidak tepati masa). Hana yang datang awal ini pun dapat no. giliran 146, dan Hana habis temu duga dalam pukul 12:30 tengah hari. bayangkan lah student lain yang dapat no. giliran 300+, entah balik pukul berapa pun Hana tidak tahu.

5) Untuk pengetahuan korang, family tidak boleh ikut korang. Diorang tunggu di main hall sahaja. Maka, tak nak rasa bosan, buatlah kawan baru dengan budak yang no. giliran selepas/sebelum korang. Saat-saat ini, segala info yang korang nak tahu, korang boleh korek dari diorang. Mungkin diorang lebih berpengetahuan. Of course, korang boleh tambah kenalan baru. :) Korang tidak payah hendak rasa takut buat kawan baru, diorang pun sama-sama nervous dengan korang. Jadi bila buat kawan baru, korang boleh berborak. Hilang sedikit rasa nervous itu.

6) UJIAN MELUKIS
Nanti diorang bawa korang dalam satu bilik dengan 20+ orang yang lain. Nanti korang kena duduk mengelilingi barang yang korang kena lukis nanti. Setiap orang sudut berbeza maka dinasihatkan korang pilih tempat yang strategik sikit. Ambil bahagian meja yang dekat dengan barang tersebut yang kena lukis supaya korang senang lukis. Untuk 2016, disebabkan ramai yang mohon kos ini, korang diberi masa 45 minit sahaja untuk melukis. Kalau kain bercorak itu, korang tak payah buat corak itu. Unless, kalau korang memang dah pro and rasa sempat siap, maka buatlah. Yang penting, korang lukis, pastikan korang buat rough shading / cross shading (sila google) dan nampakkan lighting, kelembutan dan ton. Especially to people that wants to take fine art (seni halus) . Markah ujian melukis is 50% dari markah keseluruhan korang (untuk 2016), jadi buat elok-elok. Ramai yang tak sempat siap. Hana pun tidak sempat habis shading sebenarnya tetapi semasa dalam dewan menunggu turn untuk dipanggil interview, pengurus itu kata nak siapkan drawing, siapkan la waktu tu. haha.
Bahan yang perlu dibawa : Pensel 2B, Pemadam, Kertas A3

Tetapi ramai bawa bahan lebih (dan Hana antaranya), contohnya tisu, pensel 4B, pensel 6B, pensel 7B and ect...

7) Interview
Huhu. Hana rasa inilah benda paling gerun sekali hahaha.
Dalam bab ini, korang kena jawab dengan yakin. Sebelum dipanggil itu, korang akan dapat macam borang suruh isi dari no. 1 - 9 pada 9 course yang telah disenaraikan di atas. No. 1 ialah course yang paling korang nak sekali dan no. 9 yang paling korang kurang berminat. Dekat borang ini juga, korang boleh nampak list dokumen-dokumen yang diorang nak. Jadi korang susun awal-awal  dokumen korang ikut turutan demi memudahkan kerja korang nanti. (Jangan jadi macam Hana. Sampai terabur dokumen hahaha). 

Bila kena panggil:
  • pastikan korang sentiasa senyum sepanjang interview berlangsung.
  • bagi salam/good morning/good afternoon dekat interviewer korang. 
  • guna panggilan Tuan/Puan atau korang tanya awal-awal dekat pengurus situ yang interview korang itu pangkat Dr. ke Prof.
  • JANGAN DUDUK SELAGI DIA TIDAK BAGI ANDA DUDUK
  • Setiap soalan, dia akan tanya korang dalam bahasa Inggeris, Walaupun broken English, korang try sahaja cuba balas dalam bahasa Inggeris. Tetapi kalau tidak boleh sangat, selit2 la sedikit bahasa Melayu. Diorang pun faham. (Tetapi bagi sesiapa yang English dia A, dia nak suruh korang cakap English gak. Good luck. huhu)
  • PALING PENTING, JAWAB DENGAN YAKIN DAN PASTIKAN KORANG ADA ADAB KETIKA MENJAWAB SOALAN. YAKIN SAHAJA DAN JANGAN RIAK/BONGKAK. Ada markah untuk sahsiah korang juga.
  • kalau korang tunjuk korang nervous, lagi dia torture korang habis-habisan. Lagi-lagi yang jenis suka suspendkan orang. 
  • Pastikan korang ada sedikit knowledge tentang kos yang korang nak.
  • Dah habis interview, ucap terima kasih.
--------------------------------------------------------------

Okey, Hana rasa semua hendak tahu apa yang disoal. Baiklah, Hana cerita apa yang Hana kena soal sahaja. Sebab, lain interviewer, lain soalan yang diberikan. Dia ikut kos yang kita pilih. Kalau dapat interviewer yang sporting, memang best lah. Hana jawab dalam interview ini 100% bahasa Inggeris. Grammar/pronouns salah pun Hana teruskan juga. Sebab nervous sangat, asal jawab sahaja, hahaha.

IV1: Introduce yourself.

IV1: So you chose fine art as your first choice. Give us reason why you chose it?

IV1: Have you bring along your artwork?We would like to see them. *bagi sahaja segala jenis artwork yang korang bawa. Yang kartun2 itu, korang bawa juga*

IV2: Banyak gak dia dah buat,
IV1; Lukisan ujian melukis dia pun ada ciri-ciri fine art.

IV1: So... What inspire you to do fine art?

IV1: Do you know any famous fine art artist that you like? (ME: "yes")

IV1: Who? (ME: "Yusof Ghani. Especially his painting called 'Ombak' " )

IV1: Why do you like Yusof Ghani's painting? Which part of his painting that you like? (haha yang ini gelabah sikit jawab)

IV2: Your second choice is graphic, indeed? (ME: Yes. I have bring some of my works for graphic editing. I only screenshot in my phone tho. Is that alright to show it that way?)

IV2: Haha. tunjuk je la. Sekarang inilah masa nak tunjuk segala hasil. *bagi phone*
IV2: EH?! INI SEMUA AWAK BUAT KE? (ME: Yes. )
IV2: TENGOK INI, OKEY KAN? *tunjuk kat IV lagi satu*

IV1: Are you sure you want to take fine art? Because your graphic editing skills is also very good. (ME: Yes, I am very sure that I want to take fine art.)

IV1: Why you would choose fine art over graphic? (ME: I would love to learn about graphic but I would love to learn and pursue fine art more.)

IV1: Are you REALLY REALLY SURE that you want to take fine art over graphic? (ME: *nervous laugh* yes.)

IV2: Okey, sekarang kita buat ujian buta warna pula.
IV1: Kalau salah satu awak kena ambil grafik. (Hana gelak nerves je time ini.)
IV2: HA. Kalau salah tak dapat fine art. Pakcik sebelah saya ini lecturer Graphic tau! (ME: *mula nervous* Oh. Okay.)

And Hana hampir tak dapat jawab lagi satu punya gambar. Interviewer 2 pun cakap tak ramai budak lepas gambar itu. 

IV2: Fashion is your third choice? Don't tell me you have something to show us too for fashion. (ME: haha, no la. I don't know a thing about fashion.)

IV2: Then why did you put fashion as your third choice? (ME: Compared to other courses, I at least know that fashion is for making clothes. I absolutely know nothing for other courses. What they do and all.)

IV2: Hahaha. Okey la. awak boleh pergi. (ME: Thank you very much Sir, Ma'am)

Disebabkan Hana dah terbiasa salam cikgu-cikgu, Hana salam je Puan IV2 tu. haha.


--------------------------------------------------------------
Alhamdulillah Hana dapat Diploma Seni Halus di UiTM Seri Iskandar, Perak.
So all the best semua yang bakal ditemu duga.
Selalu minta restu ibu ayah, minta mereka doakan, dan juga jangan lupa selalu berdoa kepada Allah supaya Allah berikan kita jalan yang terbaik dan memudahkan segala urusan.

Ingat, prepare awal-awal.

Kalau nak share pengalaman/perkongsian, ruang komen sentiasa tersedia untuk anda.
Sekiranya terdapat kekasaran bahasa atau kekurangan dengan apa yang hana share ini, hana mohon ampun dan maaf. Kalau ada yang nak tanya hana, boleh tanya hana melalui emel hana hatsune10miku@gmail.com atau di ruang komen tetapi sila beri emel anda untuk Hana balas. Kalau hana boleh jawab, hana jawabkan. Kalau tidak boleh, sila rujuk yang lebih pakar.
Sekian,
wassalam alaik~

Labels: , , , , , , ,


new past