TODAY'S QUOTE
"You cannot go into battle believing you will lose."

Akisame Koetsuji
(Kenichi: The Mightiest Disciple)
BULI? Try ME'.

Assalamualaikum readers~
Hehehe... lama hana tak update. Setelah lama meninggalkan blog ini selama setahun.
Readers apa khabar? sihat?Akal sihat? Iman sihat?
Tajuk hari ini, sudah lazim masyarakat kita dengar di akhbar mahupun di media.
"BULI? Try ME."

Apabila Rasulullah S.A.W menjejakkan kakinya buat pertama kali di kota Madinah, Baginda menyampaikan amanatnya yang pertama:
"Wahai manusia, sampaikanlah salam, berilah makan, jalinkanlah silaturahim dan solatlah pada waktu malam ketika orang lain tidur. Pasti kamu akan masuk syurga."
(Riwayat Abu Dawud dan Ibn Majah)

Melalui nasihat itu, Rasulullah S.A.W menegaskan bahawa berkasih sayang sebenarnya memberi suatu kekuatan luar biasa kepada umat yang menyuburkannya. Daripada berkasih sayang, akan terbitlah kebahagiaan, keceriaan, keharmonian dan ketenangan dalam masyarakat.

Lihatlah sebelum Baginda membina tamadun Islam yang gemilang, Baginda terlebih dahulu membangunkan tamadun jiwa dalam diri penduduk Madinah dan Makkah dengan benih kasih sayang yang bertunjangkan akidah yang benar - beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.
Rasulullah telah menyatukan hati kaum Ansar dengan kaum Muhajirin agar terjalin kepercayaan dan menghilangkan prasangka. Hasilnya, penyatuan mereka ini berjaya membentuk sebuah negara Islam yang pertama di dunia. Itulah kerajaan Islam Madinah al-Munawarah.

Sekarang? Kalau kita lihat mana-mana video buli mahupun kes buli, peratus pelajar Melayu lebih tinggi peratus purata pelajar bangsa lain. Dah terhapuskah kasih sayang sesama saudara Islam  itu?

TAHU TAPI TAK MAHU

Berkasih sayang bukannya kita tidak tahu, tetapi kita sendiri yang tidak mahu. Padahal ia fitrah. Tidak perlu dipaksa, ia semula jadi sudah ada dalam diri manusia. Malangnya, kerana prasangka, ego, dengki, sombong, takbur dan angkuh diri, perlahan-lahan ia menghakis rasa mahabbah (kasih sayang) itu.

Melahirkan rasa kasih sayang pada sesetengah remaja dirasakan seperti keanak-anakan dan tidak lagi sesuai apabila sudah menginjak dewasa. Ramai yang tenggelam dalam dunia peribadinya tanpa menghiraukan lagi nasib dan keadaan saudara Islamnya yang lain. Maka, berlakulah kekejaman, penindasan dan buli demi memenuhi kehendak hawa nafsu tanpa menghiraukan kesusahan dan penderitaan orang lain. 

Ruginya...
Mahabbah tidak lagi dibudayakan.
Itu petanda iman rapuh, ukhwah lumpuh.
Hati yang sakit ialah apabila kita berasa bangga melakukan sesuatu dosa.
Hati yang mati ialah apabila kita sungguh-sungguh mempertahankan dosa itu.

BANTERAS? BAGAIMANA?

Buli berpunca daripada penyakit hati.
Oleh itu, baiki hati dengan iman. Hanya dengan kekuatan iman, masalah buli dapat diubati.

Manusia yang beriman akan takutkan Allah, cinta akan syurga dan gerun akan neraka. Hanya mereka inilah yang boleh menahan dan melawan sifat takbur, sombong, ego, hasad dengki dan pemarah.
Tanpa iman tidak akan ada mahabbah. Kuat iman, kuatlah mahabbah. 

Solat Berjemaah

Tahukah readers, solat berjemaah ini mampu mengikat hati-hati Muslim?
Apabila bahu bersentuh bahu, buku lali bersentuh buku lali, cas-cas positif mula bergerak ke cas negatif. Hahaha. Dengar kelakar kan? Tetapi itu adalah fakta. Manusia juga mempunyai cas negatif dan positif. Dan apabila cas positif pergi ke cas negatif, ia akan meneutralkan diri seseorang itu atau lebih kepada positifkan seseorang itu.
Setelah selesai solat ada bersalam-salaman. Perkara ini mampu memberi kesan walau sedikit dengan mengecilkan perselisihan dan mendominasikan muafakat.

( Hana nak promote solat berjemaah. Hehe. )


Sebarkan Salam

Ada masalah hendak dapat kawan? Beri salam.
Ada masalah hendak berbaik semula dengan kawan? Beri salam.
Ada masalah hendak menyuburkan mahabbah? Mulakanlah dengan salam.
Memberi salam dapat mendidik umat Islam menjadi peramah dan mesra, seterusnya menerbitkan mahabbah sesama Muslim.
Tetapi, memberi salam inilah yang paling RAKYAT MALAYSIA berat sangat hendak sebut. Kenapa? Ego. Terasa diri ini perlu diberi salam bukannya memberi salam.
Saudara saudari sekalian, kita perlu ingat yang kita ini bukan WALI ALLAH, kita ini HAMBA ALLAH yang ADA BANYAK DOSA. Memberi salam adalah salah satu peluang untuk kita mendapat pahala. Kalau hendak tunggu orang lain yang akan beri salam pada kita, memang tidak akan terjadi. Kita yang patut mulakannya dahulu, barulah orang lain akan ikut. Lagipun, orang yang memberi salam ini lebih mulia daripada orang yang menjawab salam.

Ungkapkan Cinta

Ha... Yang ini hana takut ada orang salah tafsir.
Karang tidak pasal-pasal ada orang pergi 'ungkapkan cinta' kepada ajnabinya.
Maksud ungkapkan cinta ini adalah ungkapkan rasa kasih kita kepada sahabat kita (yang sama jantina) atau kepada keluarga kita.

"Erk! Saya bukan gay."
"Erk! Saya bukan lesbian."

Bro, Sis, ungkapkan rasa kasih kita kepada sahabat kita YANG SAMA JANTINA tidak bermaksud anda homoseksual. Fikir positif sikit. Contoh?
"Aku sayang kau kerana Allah. Nanti dekat akhirat, kalau aku dicampakkan ke dalam neraka, tarik aku ya, Fadhil?"
"Aku sayang kau kerana Allah. Kalau aku terpesong jauh nanti, kau tariklah aku balik ke jalan yang benar. Ingatkan aku tau, Amira!"

Rasa mustahil akan ada sahabat berkata begitu pada kita? TIDAK MUSTAHIL.
Sebab sudah ada sahabat hana yang telahpun mengungkapkan kata-kata lebih kurang seperti itu kepada hana. Kalau hana dapat, tidak mustahil readers pun akan dapat.
Mungkin bukan sekarang, tetapi suatu hari nanti apabila readers mendapat sahabat yang benar-benar menjadi sahabat readers.

Kalau hendak ungkap rasa kasih kepada perempuan/lelaki yang ajnabi, apa kata pergi nikah terus.
Nak ber-I love you sejuta kali pun tidak apa. Dapat pahala lagi. Hehe.

Lebarkan Senyuman

Orang yang selalu senyum ini, orang kata ada confident dalam jiwa mereka.
Lebih-lebih lagi wajah orang tersenyum ini menyejukkan mata yang memandang. Kalau ada orang hendak buli, boleh tidak jadi hendak buli.

Rasulullah berpesan:
"Janganlah kamu meremehkan perbuatan baik sekecil apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah ceria."
(Riwayat Muslim)

Sabar dan Maafkan

Kalau rasa hendak marah, duduk. Kalau tengah duduk, berdiri.
Kalau marah tidak reda lagi, pergilah ambil wuduk. Insya-Allah, air wuduk itu bukan sahaja menghapuskan dosa-dosa kecil, malah menyiram air ke api yang membara dalam hati.

Memaafkan orang sememangnya sukar. Hana mengaku, sangat sukar. Kita akan asyik terngiang-ngiang akan salah sahabat kita terhadap kita. Cuba. Cuba memaafkan kesalahan orang lain. Kalau tidak mampu, cuba ubah perasaan benci terhadap sahabat kita itu kepada benci terhadap perbuatannya. Kalau tidak mampu, doalah pada Allah agar syaitan tidak mempermainkan hati kita.

AYUH KERAH DIRI!

Kepada sesiapa yang memikirkan mahabbah itu adalah keanak-anakkan, sedarlah adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak, dengan merasakan perkara sedemikian keanak-anakan telahpun menunjukkan bahawa pemikiran anda masih lagi tidak matang. Layakkah anda bergelar manusia sedangkan haiwan tahu untuk berkasih sayang sesama sendiri?

Jika seluruh umat Islam atau manusia di muka bumi ini melaksanakan apa yang mereka telah baca dalam entri ini, hana yakin, tidak akan ada penindasan dan peperangan akan berlaku. Jika ada yang mengamalkannya, hana yakin, pembuli pun tidak berani hendak sentuh kita.

"TRY ME"

Panjang betul entri hana kali. Hana harap, ada juga sedikit manfaat dapat diambil daripada tajuk kali ini. Sebenarnya hana geram dengan si pembuli ini. Kalau boleh, mahu sahaja hana ungkapkan kata-kata pedas + sentap. Tetapi, orang yang hati batu macam ini tidak boleh terima ayat-ayat begitu tak? Sikit-sikit touching. Tak kental kan? (Adess, dah tersembur sedikit kat sini. Astaghfirullahalazim...)
Okey, sampai di sini sahaja entri hana. Kalau tulis panjang-panjang karang, takut tidak boleh tahan rasa marah itu. 
Kalau ada yang hendak kongsi pengalaman atau tips yang lain, ruang komen hana sentiasa tersedia untuk readers (Nak komen, scroll atas, tengok bawah tajuk, tekan "comment"). Mahu komen apa-apa, cbox ada.
Wassalam alaik~

Labels: , , , , ,


new past