TODAY'S QUOTE
"You cannot go into battle believing you will lose."

Akisame Koetsuji
(Kenichi: The Mightiest Disciple)
Mencari Bahagia yang Hilang

Assalamualaikum readers.
Apa khabar? Iman sihat? Akal sihat? (hohohoho~)
Kenapa hana tak update sangat walaupun lepas PMR?
hehe~ macam mana nak kata ek? Kemalasan menguasai diri? :P
Okey, 'Mencari Bahagia yang Hilang".
Waish... Macam awesome je :D

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
"Orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah, zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia."
[Surah al-Ra'd 13 : 28]

Hati terasa kosong. Kesayuan tiba-tiba menjelma tanpa dipinta. Semua yang dilakukan serba tak kena. Nak ketawa, terasa dibuat-buat. Nak bergurau, terasa seperti memaksa diri. Nak dengar cerita, terasa fikiran menerawang entah ke mana. Bayangan orang sekeliling tidak langsung memberi kesan. Jiwa seolah-olah hilang bunga-bunga bahagia.
Pernah merasainya?

Punca Hilang Rasa Bahagia

Hilang rasa bahagia = Hilang rasa gembira = Suasana diri yang tidak ceria, bermuram durja, gundah-gelana dan yang seumpama dengannya.

Malah, hilangnya rasa bahagia, hati seolah-olah kosong. Jiwa membungkam. Emosi mencengkam. Minda sepi, hidup sunyi. Terasa yang ada di sekeliling menjauh. Lebih parah lagi andai saat itu terasa hubungan dengan mulai renggang, nauzubillah!
Nak tahu kenapa?
Rupa-rupanya apabila kita mula merasai hilangnya rasa bahagia, itu adalah signal daripada Ilahi bahawa kita semakin jauh daripada Pemberi bahagia. Mesti lah kita tidak mahu ini terjadi, tidak sekali-kali!
Ada juga berpendapat bahawa ujian atau desakan hidup yang kian menghimpit tulang empat kerat menjadi punca bahagia itu semakin hilang. Apa yang dilakukan semuanya atas dasar tanggungjawab dan keperluan. Tiada lagi didasari kasih sayang. Hmmm... mungkin ada juga betulnya.
Tetapi, jika semua desakan hidup yang kita lalui seiring dengan hubungan erat bersama Allah, mana mungkin rasa bahagia hilang daripada kita.

Pemberi Bahagia Maha Kaya

Allah tidak pernah kedekut kepada hamba-Nya. Malah Allah memberi kesempatan kepada kita untuk mencari sebanyak mungkin rezeki di bumi-Nya yang luas. Lantas, Allah mengilhamkan kepada kita pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk meraih kebahagiaan dan kekal dalam bahagia.
Di sini, hana nak kongsi beberapa cara yang boleh readers lakukan tatkala mula terasa kemuraman merajai hati.

1. Luangkan masa bersama keluarga
hoho~ alang-alang sekarang dalam penggal cuti sekolah, apa kata readers pergi bercuti dengan keluarga? Alah... pergi jalan-jalan di taman pun jadilah! Mengaku sahajalah, bahawa keluarga merupakan penyumbang inspirasi terbesar dalam hidup kita.

2. Luangkan masa bersama rakan taulan
Bila bersama rakan, mesti banyak perkara gila yang akan dilakukan. Kadang-kadang, 'kegilaan' bersama rakan boleh  melegakan kita. Namu begitu, janganlah lakukan perkara gila seperti mengambil dadah, merokok dan yang seumpama dengannya. Maksud hana, perkara gila itu seperti pergi mendaki gunung bersama rakan, bermain pinball bersama rakan dan sebagainya.

3. Keluar
Penerokaan dunia luar mampu mencambahkan bunga-bunga bahagia dari pelbagai sudut lain seperti melihat keindahan ciptaan Allah di negara yang mempunyai empat musim dan sebagainya.

4. Melakukan amal kebajikan
Jiwa akan tenteram apabila kita mendekati sunnah Rasulullah s.a.w. dalam hal-hal kebajikan seperti bersedekah dan memberi makan kepada fakir miskin. Boleh juga meluangkan masa bersama anak-anak yatim :)

5.Gunakan masa sebaiknya
Manfaatkan masa dengan perkara-perkara yang berfaedah, ini dapat mengelakkan daripada terlalu memikirkan kekusutan yang melanda.

6. Senyum
Sentiasa senyum dalam apa jua keadaan, terutama ketika bersama dengan orang sekeliling. Otak akan merembes enzim-enzim positif seterusnya merawat jiwa yang lara.

7. Mengadu
Selalunya, kalau kita rasa sunyi, mesti luahkan kepada orang yang berdekatan. Namun, masalah kekosongan hati itu, mereka tidak dapat membantu kita. Oleh itu, mengadulah kepada Pemberi bahagia Yang Maha Agung. Pasti lega!

8. Berinteraksi dengan alam
Erk! macam pelik pula bunyi. Maksud hana, lakukan apa sahaja aktiviti yang melibatkan alam seperti berkebun, mendaki, memberi makan kepada binatang dan sebagainya. Tetapi, kalau readers mahu berborak dengan ikan peliharaan ataupun kucing peliharaan ataupun kura-kura peliharaan dan apa-apa haiwan yang readers pelihara pun boleh juga.

9. Bercakap yang baik-baik
Apabila bercakap perkara yang baik-baik, aura positif akan meresap ke dalam jiwa dan dapat mencuci hati yang sedang bersedih. Contoh? Alah... cakap sahaja kita awesome pun dah cukup memadai~

10. Beri hadiah
Rasulullah s.a.w. berpesan kepada kita agar mengamalkan bertukar-tukar hadiah, ini dapat mengikat kasih sayang dan menggembirakan orang sekeliling. Apabila mereka gembira, pasti itu akan membahagiakan kita. Tetapi, kalau orang itu kedekut, memang beri hadiah itu dengan perasaan berat hatilah jawabnya!

11. Berzikir dan membaca al-Quran
Tiada apa yang lebih menenangkan daripada mengingati Allah melalui amalan berzikir dan membaca al-Quran. Setiap zikir dan ayat al-Quran mempunyai magis yang tidak disangka untuk memekarkan kembali bunga-bunga bahagia yang menghilang. Kalau boleh, baca sekali maksud ayat al-Quran itu. Mana tahu, tiba-tiba baca ayat tentang kebahagiaan di dalam syurga. Tidakkah kita gembira kita mendengarnya?

Tuntasnya, kita janganlah berduka lara, bersedih hati dan hati berasa kosong.
Walaupun likuan jalan hidup yang kita lalui itu seperti liku 180 darjah, janganlah berputus asa. Ingatlah, Allah sentiasa bersama dengan kita. Ingatlah, jika kita ingin bahagia, kita perlu mencari Pemberi bahagia Yang Maha Agung. Dia tidak pernah menghampakan hamba-Nya walaupun kita sering melupakannya. Apabila bahagia mula ditarik, percayalah, Dia ingin memberitahu kita - jangan pernah tinggalkan Dia!

Isi diambil dariapda
Ili Rubieza Syazwani
Sarjana Muda Sastera
(Bahasa & Linguistik Melayu)
Universiti Putra Malaysia

"Smile :) The world isn't as bad as you think..."
The Dollars 

Baiklah, sampai di sini sahaja entri hana kali ini. Jika readers ada apa-apa yang ingin dikongsikan, ruang komen hana sentiasa terbuka untuk readers (tengok dekat atas gambar sebelah kanan).
Sebarang persoalan juga boleh diterima, tetapi ilmu hana ini terhad. Kalau hana boleh jawab, hana jawab. Kalau hana tidak boleh jawab, readers rujuk kepada yang lebih pakar ya?
Sekian, wassalamalaik~

Labels: , , , , , , , , ,


new past