TODAY'S QUOTE
"You cannot go into battle believing you will lose."

Akisame Koetsuji
(Kenichi: The Mightiest Disciple)
Senyum

"Senyum, tak perlu kata apa-apa~"

Assalamualaikum readers sekalian~
PMR sudah habis, tetapi itu bukanlah pengakhiran buat segala-galanya. Hana masih lagi ada SPM (Hana ingat nak ambil sains ikhtisas).
Oh lupa pula, kali ini hana nak tulis tentang 'Senyum'.

Kita selalu dengar bait-bait lirik lagu tentang senyum. Contoh? Tu, yang paling first sekali hana tulis itu. Nak contoh lagi? Okey, hana bagi lagi satu.

"Senyum seindah suria yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati duniamu berseri~"

Persoalannya, sudahkah readers mempraktikkannya dan mengamalkannya? 
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
"Janganlah kamu meremehkan kebaikan, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah gembira dan tersenyum)"
(Riwayat Muslim)

Ramai yang sedia maklum, senyuman juga merupakan satu sedekah. Namun, ramai yang belum menyedari bahawa senyuman adalah pembuka kata komunikasi. Memetik kata-kata Lee Mildon:
"Jika anda tersenyum mesra, orang lain tidak akan perasan baju yang anda pakai itu lusuh!"

Senyum dan Taaruf
Senyuman bukan sahaja membuatkan kita tampak menarik, mesra serta mudah didekati, bahkan membuatkan orang lain berasa senang hati. Senyum dalam memulakan perkenalan sangat penting. Pernahkan readers berkenalan atau bertaaruf dengan seseorang yang masam mencuka tanpa memberikan senyuman terlebih dahulu? Jika ada, adakah pandangan pertama readers terhadapnya bahawa dia seorang yang mesra?
Setiap kali bertemu dengan kenalan kita, mulailah dengan senyuman dan salam. Anggaplah kawan kita itu sebagai orang baru setiap kali berjumpa dengannya. Tidak biasa? Belum cuba, belum tahu!
Dalam sebuah kajian menyebut bahawa secara puratanya dewasa paling kurang senyum dalam sehari berbanding bayi. Jadi, tidak peliklah kalau kita tidak jemu untuk menatapnya.

Sebab Perlu Senyum
1. Memperbaiki emosi, mengurangkan tekanan perasaan dan fikiran.
2. Membantu merangsang sistem imun dan merendahkan tekanan darah.
3. Senyuman merupakan sejenis penyakit berjangkit. Senyumlah, pasti mereka yang melihat senyuman kita akan turut tersenyum. Ini sekaligus memberi kesan positif kepada diri sendiri dan orang lain.
4. Menggalakkan bandan untuk menghasilkan hormon endorfin iaitu pelega kesakitan semula jadi. Senyum boleh dianggap sebagai ubat semula jadi. Oleh itu, pesakit di luar sana, banyakkan senyum ya? InsyaAllah, sakit yang dirasai itu akan berkurang :)

Disukai kerana Senyuman
Namun, ada waktu tertentu apabila kita tersenyum, kita tidak disambut pula dengan balasan senyuman. Hmmm.... susah sangat ke nak balas senyuman orang lain?
Salah satu kebiasaan Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Aisyah r.ha. adalah Baginda melangkah masuk ke dalam rumah dengan perilaku yang menyenangkan sambil mengukir senyuman di bibir. Tidak mahukah kita mencontohi Baginda? Para sahabat juga mudah mendekati Baginda disebabkan perihal Baginda yang murah dengan senyuman. Senyuman inilah yang membuka ruang komunikasi kepada para sahabat. Dalam sebuah hadis ada merekodkan:
"Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah." 
(Riwayat al-Tirmizi)
Baginda yang dilahirkan tanpa ayah serta ibu yang meninggal ketika kecil, disisih oleh masyarakat, dicaci, dikecam dan pelbagai lagi ujian yang mencabar, tetapi masih mampu menyedekahkan senyuman kepada orang lain. Sekarang, cuba readers fikirkan:
"Cabaran apa yang begitu pedih dalam hidup aku sehinggakan aku tak berupaya untuk mengukirkan senyuman?"

Ingat Rupa, Ingat Nama
Bayangkan jika ahli keluarga, kawan-kawan, guru-guru, rakan sepejabat atau sesiapa sahaja yang memberikan kita senyuman setiap kali mereka memasuki rumah, kelas atau rumah kita. Sudah tentu kita akan merasa gembira untuk menyambutnya dan akan ada perkataan-perkataan baik yang akan keluar dari mulut, atau paling mudah dengan ucapan salam :)
Bayangkan pula jika sebaliknya. Mereka masuk ke kelas, pejabat atau rumah dengan wajah yang masam mencuka sambil merengus. Sudah pasti kita berfikir dua tiga kali sebelum menegurnya. Silap-silap, hendak buka mulut pun dan tak berani!
Apabila kita mampu melahirkan senyuman yang manis dalam memulakan perbualan atau komunikasi, lebih molek lagi sekiranya kita mampu mengingati nama orang yang ditegur. Latih diri untuk mengingati nama orang lain kerana seseorang akan suka dan bangga apabila namanya diingati dan dikenali oleh orang lain walaupun dia belum tentu mengingati nama kita.

Tuntasnya, marilah bersama-sama mulakan dengan senyuman sebagai gerbang komunikasi!
Walaupun hana sendiri masih dalam proses untuk melatih diri supaya SENTIASA TERSENYUM (walaupun macam pelik sahaja XD), hana harap readers pun dapat bersama-sama melatih diri ya?
Sampai di sini sahaja entri hana untuk kali ini. Hana harap, dengan melatih diri untuk sentiasa tersenyum, kita dapat meluaskan sayap dakwah Islam di atas muka bumi ini. Jangan takut dan jangan risau kerana Allah sentiasa bersama-sama dengan kita. Sesungguhnya, Allah tidak akan memungkiri janjiNya.
Jika readers ada apa-apa yang nak dikongsikan, ruang komen hana sentiasa terbuka untuk readers :)
Sebarang persoalan juga boleh diterima, tetapi ilmu hana ini terhad. Jadi, kalau hana boleh jawab, hana jawab. Kalau tak boleh jawab, boleh rujuk kepada yang lebih pakar.
Wassalamalaik~

Labels: , , , , ,


new past