TODAY'S QUOTE
"You cannot go into battle believing you will lose."

Akisame Koetsuji
(Kenichi: The Mightiest Disciple)
Si Pengejar Masa = Selfish?

Assalamualaikum readers~
Apa khabar? :3
Macam biasa, hana nampak macam tidak ada kesedaran nak PMR (tetapi sebenarnya dalam hati hana hanya Allah sahaja yang tahu betapa risaunya hana sekarang ini)
Alright, lets get back to the topic :)

" 'Si Pengejar Masa = Selfish' ? Bukan memang kena kejar masa ke? Yalah, kata masa itu emas, masa ibarat pedang, masa tidak akan menunggu kita dan lain lagi... habis kenapa si pengejar masa itu selfish pula?"

Ha.... ini yang hana nak cerita ini!
Okey, biar hana bagi satu situasi. Apabila readers sudah membaca situasi ini, readers akan mula faham apa maksud hana.

-------------------------------------------------------------------------------------

         Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 7.20 pagi. Lagi 10 minit pintu pagar sekolah akan ditutup. Pada masa itu, Ali mempercepatkan langkah, kayuhan basikal semakin laju dan dia tidak peduli apa-apa yang berlaku di kiri dan kanan. Tiba sahaja di sekolah, kedengaran satu pengumuman mengatakan bahawa akan diadakan ujian pada waktu petang. Ali bergegas ke kelasnya lalu membuka buku untuk dibaca. Tiba-tiba, muncul Abu di hadapannya, dengan sebuah buku, dipeluk erat. 
           "Ali, boleh kau ajar topik ini tak?" kata Abu sambil menunjukkan topik yang tidak difahaminya.
         "Isy, tiba-tiba cikgu nak buat ujuan. Aku pun tak sempat ulang kaji lagi. Kau bacalah sendiri dulu, sekarang masing-masing sibuk nak baca apa yang kita dah belajar. Kalau tak faham, tinggalkan sahaja topik tu," kata Ali sambil mengeluh.

----------------------------------------------------------------------------------------

Jeng jeng jeng... dah faham maksud hana 'Si Pengejar Masa'?
Well, mana mungkin mahu menyelesaikan soalan yang tidak difahami rakan, sedangkan kita pun masih belum menghabiskan pembacaan. Kita mahu menjadi yang terawal untuk sampai ke sekolah, tetapi masih tidak berusaha untuk bangun awal pagi. Kita mahu mengejar untuk menghabiskan pembacaan bagi sukatan pelajaran, tetapi tidak melakukan persediaan yang awal. Kesudahannya, kita menjadi si pengejar masa yang mementingkan diri sendiri.

Awal = Produktif + Interaktif

Orang yang mahu menjadi insan terawal dalam setiap tindakannya perlu mengetahui formula di atas. Awal bukan bermakna menjadi yang terkedepan dalam setiap perkara, tetapi orang tersebut memastikan bahawa dirinya menepati dua instrumen penting bagi "awal" iaitu produktif dan interaktif.
Orang yang berpegang dengan prinsip produktif akan mengetahui  potensi dirinya sendiri dan tidak mensia-siakan masa yang ada pada dirinya. Dia sedar bahawa Allah mengurniakan 24 jam sehari untuknya, lalu setiap jam yang berlalu dalam hidupnya tidak akan dibiarkan berlalu dengan lambaian kosong. Golongan yang produktif terhadap masanya akan menghasilkan ouput yang banyak dan bermanfaat.
Manakala orang yang interaktif pula mampu bekerjasama secara adil dengan peruntukan waktu untuk orang lain. Matlamat untuk menjadi yang terawal tidak akan dibiarkan menjadi miliknya sendiri, tetapi masa yang ada itu dibahagikan untuk dirinya sendiri dan orang lain. Ini membolehkan pengaliran maklumat dan ilmu dua hala yang berterusan, malah kedua-dua pihak turut mendapat manfaat. Selain itu, kita juga dapat mengeratkan silaturrahim dengan melakukan perkara secara berjemaah. Menarik kan?

Aktif Siang dan Malam

Biar hana beri satu tokoh yang patut kita contohi.
Pernahkan readers mendengar tokoh yang bernama Imam al-Alusi?
Kenal? Wah, readers sememangnya orang yang hebat! 
Tak kenal? Tidak mengapa... biar hana beritahu readers siapa Imam al-Alusi.

Imam al-Alusi seorang yang tidak kedekut apatah lagi mementingkan diri terhadap masa yang ada. Tokoh mufasir ini menggunakan waktu siang dan malam bukan hanya untuk keperluannya. Bahkan, beliau tetap menjaga kepentingan orang lain dalam hidupnya. Beliau merupakan orang yang sentiasa berusaha agar ilmunya tetap bertambah. Malah beliau tidak bosan mengkaji dan mencari ilmu yang bermanfaat. Benar, beliau seorang pengejar masa! 
Perkara ini terbukti apabila beliau memanfaatkan waktu siang untuk mengajar dan berfatwa. Pada sebelah petang pula, beliau mengggunakan masa yang ada untuk orang yang datang bertanya dan membuat perbincangan dengannya. Bahkan, pada pengakhiran malam beliau tidak mengisi masa tersebut untuk tidur semata-mata kerana itulah masa yang dikhaskan buat dirinya untuk belajar dan menulis karya tafsirnya.
Hebatnya, Imam al-Alusi berjaya memanfaatkan masa yang ada! Beliau seorang pengejar masa yang tidak mementingkan diri kerana berusaha membahagikan masa buat dirinya dan orang lain. Beliau bukan sahaja aktif pada waktu siang dan pasif pada waktu malam, tetapi aktif siang dan malam.

Konklusinya, Jika kita antara pelajar yang cemerlang, sebarkanlah ilmu yang kita ada. Bukankah ilmu pada diri seseorang akan bertambah apabila kita memberi dan menolong untuk orang lain? Ingatlah, Allah akan memudahkan urusan kita jika kita memudahkan urusan orang lain. Jangan kita menyesal di hari kelak jika Allah menarik balik nikmat ilmu itu daripada kita. 
Jika kita pelajar yang sederhana sahaja pencapaiannya, berusahalah mencari ilmu pada bila-bila masa sahaja. Ilmu Allah itu luas. Pergilah ke negara China sekalipun, tuntutlah ilmu. Biarpun kita seorang pelajar yang paling corot, adakah kita perlu menunggu dan membiarkan masa berlalu tanpa dimanfaatkan?

Okey, itu sahaja daripada hana. Hopefully, lepas baca ini, readers tak kedekut ilmu dengan kawan-kawan. Jangan pula sebar ilmu tak sepatutnya macam ilmu sihir. Jangan belajar sekalipun ilmu sihir itu. Jika mahukan sesuatu, berdoa sahaja kepada Allah. Jangan risau, Allah tidak akan pernah memungkiri janjinya. :)
Ada apa-apa nak share ilmu, pendapat, boleh komen dekat bawah ini or tulis kat cbox sahaja. 
Kalau soalan itu, kalau hana boleh jawab, hana jawab. Kalau tidak boleh jawab, cari guru yang lebih berpengetahuan. Insya-Allah, Islam akan terus teguh!
Wassalam alaik~

Labels: , , , , , ,


new past