Monday 5 August 2013

OMG!! I'm Homesick..!


Assalamualaikum readers :3
Apa khabar di akhir bulan Ramadhan ini? Kesihatan okey? Pelajaran okey? Pekerjaan okey? Otak okey?Iman okey? (Gambar kali ini macam tidak ada kena mengena sahaja dengan tajuk >.>)
Mesti tertanya-tanya kan apasal tajuk entri kali ini macam bukan seperti selalu; tazkirah, tips, pesanan and ect... Hoho~ Don't Judge Entry by its Title! Hmm... entri kali ini lebih kurang kepada tips untuk homesickers :P

"lorh... awat tak posts pasal Ramadhan?"

Takkanlah baru nak posts pasal Ramadhan time dah nak dekat raya? Korang pun nanti baca tidak ada feel XD

" HOMESICK "
Gerun tak baca word kat atas? Ha... yang senyum-senyum itu mesti sudah atau selalu mengalaminya kan? Don't worry meh, memang satu lumrah yang dialami seeorang apabila terpaksa berjauhan dengan keluarga atau orang tersayang... ORANG TERSAYANG?! hoho... jangan salah faham, maksud den sahabat-sahabat atau jiran tertangga :P Tapi, suka hati hangpa la nak fikir siapa pun... not my problem :P Yang pasti, penyakit homesick bukan budak-budak yang belajar dekat asrama sahaja yang kena, golongan dewasa atau sesiapa sahaja tidak kira usia pun kena juga penyakit ini.

"Eh? Ada juga ke pakcik or makcik yang homesick?"

Yo la dik oi... ala... yang pergi luar negara atas urusan kerja atau kahwin sana itu. Diorang pun homesick juga... Tipu lah kalau diorang tidak homesick.

APA ITU HOMESICK?
Homesick merupakan perasaan sedih, pilu, ingatan dan kerinduan yang keterlaluan terhadap suasana rumah, anggota keluarga ataupun kampung halaman setelah lama ditinggalkan. Selalunya, homesick kerap menjadi fenomena dalam kalangan remaja yang tinggal di asrama seawal usia 13 tahun. Betul tidak adik-adik? Don't be shame, Hana also experienced it :P Tetapi yang sedang mengambil peperiksaan besar seperti PMR dan SPM pun bertambah homesick. Lebih-lebih lagi kalau sekolah tahan tidak boleh balik sebab ada kelas kecemerlangan. Fuh! Perit! XD (Hana di antaranya :3)
Cuba readers bayangkan, ada sesetengah antara kita yang tidak pernah berjauhan dengan keluarga sejak dilahirkan. Setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tidak kira UPSR, PMR, SPM atau STPM, kita ditawarkan untuk menyambung pengajian di sekolah atau institusi pendidikan yang lebih baik. Setelah melakukan perbincangan dilakukan bersama keluarga dan kata sepakat dicapai, akhirnya kita memilih untuk melakukan perubahan dalam hidup, iaitu tinggal di asrama atau pergi belajar abroad. Di asrama, tentunya kita berdikari untuk semua urusan. Tiada lagi bantuan ibu untuk basuh baju sekolah, tiada lagi merasai air tangan ibu dalam masakannya dan tiada lagi masa dihabiskan bersama keluarga menonton cerita kegemaran di kaca televisyen. Mesekipun semua itu hanya sementara waktu, pengorbanan perasaan amat menduga seseorang.

Agak-agak apa ya homesickers ini selalu fikir?

"Alamak, nak kena berjauhan dengan keluarga? Saya tak boleh! tak boleh!"
"Ala... esok dah kena balik asrama dah. Kenapalah tak cuti setahun? Ibu... tak mahulah balik asrama.."
"Ish! Lagi 2 minggu lagi boleh balik. Lambat lagi.. Argh! Bila nak balik ini?!"
"Ha? Tak boleh balik? Oh no! Kenapa ada kelas pula?! Adik nak balik!!"
"Rindu pula dekat ibu... Agak-agak, ibu tengah masak apa ya? Untunglah adik-adik aku dekat rumah..."
"Rindu dekat family, rasa nak nangis... HUWAAA!"

Ini baru contoh sahaja, bukan suruh homesickers sendiri tulis dialog yang selalu diorang pakai XD
Bagi Hana lah, sesiapa yang memiliki perasaan HOMESICK ini, maknanya diorang sangat menyayangi keluarga. Tetapi, sesiapa yang tidak mengalaminya, tidak bermakna diorang tidak menyayangi keluarga. Mungkin sebahagian daripada kita yang mempunyai jiwa yang kental dan tahan cabaran. Sangat bagus ada semangat seperti itu.

"Tidak ada mood lah nak belajar... I need mama now... :'( "
Ho... yang ini yang susah ini. Ya, memang benar. Setiap dari kita sangat memerlukan semangat dan sokongan ibu ayah serta adik beradik dalam menyelusuri kehidupan mendatang. Tetapi, PENGORBANAN yang besar lebih bermakna dan akan dikenang apabila sudah berjaya nanti. Dalam hidup kita, kita perlu berani untuk membuat perubahan. Berani untuk menghadapi cabaran baru kerana lambat laun kita pasti akan menghadapi dengan dunia yang lebih mencabar. Tidak selamanya kita boleh bergantung harap kepada keluarga. Tak salah untuk mengalami sindrom homesick, tetapi biarlah berpada, tidak membebankan diri kita sendiri dan menyusahkan hati orang tua kita.

"Saya lelaki... Malulah nak menangis. Tetapi dah sedih sangat, menangislah juga. Habis hilang macho saya. Kalau awek saya tahu, lagi teruk lah imej saya. Apa yang perlu saya buat untuk hilangkan perasaan homesick ini? Ada apa-apa petua tak?"
Ha... jangan kata perempuan sahaja yang mengalami penyakit homesick ini. Golongan yang diperkatakan gagah perkasa (yang konon sahaja lah XD tak lah.. Hana gurau sahaja :P) pun ada sifat kasih sayang yang tinggi terhadap keluarga. Alright! Here are the tips:

  1. Elakkan duduk bersendirian.
  2. Isi masa terluang dengan melakukan aktivti yang menggembirakan seperti bersukan bersama rakan-rakan.
  3. Sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa dan keluarga
  4. Bawa foto keluarga dan simpan bersama di asrama. Bila rindu, tataplah foto mereka dengan harapan dapat kurangkan sedikit tahap kerinduan korang terhadap mereka. Gambar awek atau pakwe? Suka hati korang lah... Tapi janganlah angau sampai terleka!
  5. Tanamkan azam dan niat di hati bahawa korang tinggal di asrama adalah untuk menuntut ilmu demi menghadiahkan kejayaan buat ibu dan ayah. InsyaAllah, semuanya akan okey :)


Haa... macam mana? Rasa lebih bersemangat tak untuk tinggal di asrama? :D
Come on lah ladies and guys... Nikmatilah saat-saat tinggal di asrama dengan penuh riang gembira. Tak semua pelajar terpilih untuk tinggal di asrama tau. Anda yang terpilih jangan sia-siakan peluang ini okey? Jangan jadikan sindrom HOMESICK merencatkan fokus anda terhadap pelajaran. Sebaliknya, jadikan pengorbanan kalian ini sesuatu yang sangat berharga. Hadiahkan kejayaan buat keluarga dan diri korang sendiri. Tanpa pengorbanan, tiadalah kejayaan.

Okeylah, sampai sini sahaja hana nak kongsikan dalam entri. Ada apa-apa ilmu nak tambah, pendapat, boleh comment :) Kalau pertanyaan itu, kalau hana dapat jawab hana jawablah. Kalau tidak dapat jawab, sila bertanya kepada pakar motivasi atau encik google ya? 
Jika dalam post ini ada yang hana buat orang terguris hati ke, maafkan ya? 
Hana harap readers enjoy baca entri kali ini dan mendapat ilmu walaupun sedikit.

Wassalam alaik~

24 comments:

  1. Assalamualaikum Hana. Nak Tanya ni.klu kita ni jnis yg mmg slalu bersendirian,mcmna pula ea? Slalu spend time sorang2 bila brjauhn DRI family. Mcmna nk kurgkn rasa rindu tu? SBB tkot xjd krja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita tak selalu bersendirian ..ramai2 jerr..tapi tetap jugak macam tu ..camne ehh??

      Delete
  2. waalaikumussalam Aqilah. Maaf lambat balas.
    Sebenarnya lebih elok sekiranya tidak bersendirian tetapi boleh sahaja nak hilangkan perasaan homesick tu.
    1. Buat perkara yg Aqilah suka. Contoh kalau suka melukis, melukis la selalu.
    2. Banyakkan aktiviti. Tak kisah la sorang-sorang ke atau dengan kawan, pastikan ada aktiviti seperti riadah. (bleh sihatkan badan. hehe)
    3. Baca al-Quran dan terjemahan. InsyaAllah, sekiranya hati gelisah boleh tenang. Ikut pengalaman Hana, Allah selalu bagi hint dalam ayatNya. ;)
    4. Selesakan diri dengan persekitaran baru. Selalunya homesick berlaku sebab kita tak selesa. One of cara nak selesa buat kawan. But its up to you. Lain orang, lain cara nak selesakan diri.
    5. Contact family selalu tapi BUKAN SELALU SANGAT.
    6. Stay positive. It will get better!

    Yang penting, kita kena have fun dengan persekitaran baru kita. Lama-lama, InsyaAllah, hilang la homesick tu.
    Harapnya membantu. Tak tahu mcm mana nak contact Aqilah.
    ni emel hana: hatsune10miku@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Klau kta jenis malu nk tnjuk..and bila tringat/tgk/ckp dgn kluarga especially umi..msti akn nngis..how..?lgpon kwn² skolah sy .. Certain ja yg lyn sy..bila sy ajk dorg men riadah..dorg x nak..:<...btw mnat anime?

    ReplyDelete
  4. Cik Ceklat Manis tidak semestinya boleh ajak kawan2 untuk beriadah sahaja. Boleh ajak buat benda lain. Contohnya, ajak borak, ajak makan, main teka-teki dan pelbagai lagi selagi mana tidak melanggar peraturan. Kalau nak rapat dengan senior pun seronok juga. Kadang-kadang, antara diorang suka cerita mcm2 huhu. Jangan risau Ceklat Manis, kehidupan asrama memang kehidupan yang paling best sekali. Sebab kita jumpa kawan baru, kita hidup berdikari, kita belajar kerjasama, kita dapat lihat pelbagai ragam orang, yang paling best, kawan-kawan adik yang adik menggelar diorang "stranger" akan menjadi "family". Treasure your time in your teen life.
    Ya, tahun ini, Hana dah 11 tahun minat anime. hehe.

    ReplyDelete
  5. Kalau lepas cuti sekolah macam seminggu ataupun dua minggu... lepas tu balik asrama homesick... tapi homesick sehari je... kalau macam ni normal ke tidak..

    Saya baru 13 tahun.
    Duduk sekolah SBP

    ReplyDelete
  6. Im 20 y/o study jauh dari family n still homesick sampai skrg. Sampai menangis setiap malam hahah mmg ridiculous! And tak ada penawarnya. Thank you suggestion awak :)

    ReplyDelete
  7. Normal lah tu Tango Brave. Itu sangat normal. Jangan risau sangat.

    @Anis Hahaha, kadang-kadang ada juga orang seperti itu. Tetapi kalau tidak effect pelajaran, then it's fine to be homesick ^^

    ReplyDelete
  8. Terima kasih la bagi tips ni...nanti sye cuba

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak hana...saya sekarang ni tengah homesick...saya ni nak kata bersendirian ya jugak...sebab kalu duduk kat asrama saya banyak bersendirian...tapi itu tak bermakna saya tak berkawan...cuma kalau ada masa terluang saya tidak akan melakukan perkara lain kecuali menelefon keluarga saya...saya amat sayang keluarga saya...saya rindu akan ibu,adik,dan nenek saya di rumah...tetapi time belajar saya belajar...saya rasa perbuatan saya ni ok kan???sebab kalau saya duduk kat asrama ni pun...cikgu buatlah ape pun...kawan ajaklah berseronok pon...tapi dalam hati saya,saya tetap sayangkan rumah...sorry la kalau saya terluahkan perasaan...tapi saya cuma cakap je...sebab memang saya homesick sangat2...tapibyabg saya nak kak hana jawab ialah pervuatan saya ni ok kan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok sahaja. Cuma, asrama ni one of the place to evolve. Kalau sekolah ada buat aktiviti/pertandingan, take the chance to try. Kalau kwn2 ajak buat aktiviti (yg x langgar peraturan), join sahaja. Sbb kat sini kita nak timba pengalaman and social skills (of course eratkan hubungan). Tapi Hana x kata ape yg cik buat tu salah sbb hubungan dgn family sgt penting. Treasure your fmily is good, and homesick tu normal. Belajar sebanyak yg mungkin kat sekolah dan asrama skrang sbb nanti sgt berguna mase masuk uni dan kerja.Good luck!

      Delete
  10. assalamualaikum . saya ada masalah dengan kekawan yang tidak mampu accept saya as their friend . dulu kami okay sekarang saya tengok diorang taknak kawan dengan saya. saya dah cuba berbaik , tapi nothing . saya sekarang gerak sorang senua sorang dalam dorm duduk sorang boleh dikatakan alone tapi apakan daya . family selalu cakap kalau takda kawan tak mati sebab mak ayah still tanggung . yaa i know . so apa cara supaya saya dapat kurang homesick ? sekarang perasaan is control my self . setiap kali balik asrama dari rumah saya rasa sedih . tolong saya ?

    ReplyDelete
  11. Waalaikumussalam Asnoor. Stay positive, Asnoor. Kita memang tak boleh nak puaskan hati semua orang macam tu jugak dengan kita. Kadang-kadang, kita pun ada tak suka orang. My suggestion is, cuba buat kawan dengan orang lain. Kawan-kawan Asnoor tu mungkin boleh jadi kawan kita masa senang je, so cuba pula cari sahabat yang ada masa susah dan senang. Berkawan ni jangan tengok umur, rupa, harta and so on. Berkawan lah even dengan junior/senior sekalipun. Also tips macam mana nak dapat kawan yang baik ialah kita dulu kena jadi kawan yang baik tu. Nanti Allah akan bagi kita yang lebih baik. Btw, you deserve better friends yang lebih menghargai Asnoor. So don't be sad, head up and be confident for who you are :) Kalau dah jumpa tu, jangan sia-siakan diorang.
    And you know siapa yang selalu ada dengan kita susah dan senang even kita pun selalu lupa dengan Dia? Allah. Jaga hubungan dengan Allah. Bila Allah tu rasa dekat, pergi mana-mana seorang diri pun kita tak rasa keseorangan.

    For tips:
    1) Sibukkan diri. Why not kali ni Asnoor rapat and selalu tolong cikgu-cikgu pula? Atau kalau duduk sorang-sorang masa lapang tu, boleh je pergi kemas surau (kalau malas sangat susun Al-Quran/buku2 agama kat rak. Haha ni actually Hana pernah buat and you know I felt really happy once nampak surau tu kemas je. When you are doing good deeds, it's automatically makes you feel happy). Kalau ada hobi, then buat je hobi tu. Sibukkan diri la yang pasti. It's up to you on how you busy yourself.
    2) Kalau dah terperuk kat dalam dorm je tu, why not pergi jalan pusing satu sekolah tengok nature (kalau ada surrounding nature la. kalau surrounding bangunan je, boleh tengok kat corridor suasana bandar masa malam. Cantik <3)
    3) Do stuff that makes you feel good. Nak nyanyi? silakan. Usah pandang org lain. As long as kita happy :D
    5) Tukar pemikiran negative to positive. Contoh: "Xde siapa faham aku" kepada "Aku akan jumpa orang yg faham aku".
    6) Start loving yourself. As I said, be proud for what you are. Lantak diorang kalau diorang x nak accept kita as their friend, as long as kita sendiri accept diri kita. You are more worth than you think.

    I only can give you simple tips. Kalau makin teruk tu, jumpa kaunselor tau! They might have some tips for you too.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum kak Hana.. Saya selalu call mak saya setiap hari guna phone iTalk di asrama... Kadang-kadang, mulanya tak sedih. Tapi bila dengar suara ibu, air mata mengalir deras. Macam mana ya? Saya telefon ibu setiap hari sebab ibu pun telefon nenek setiap hari.. Tanya khabar.. Saya anak bongsu dan sangat manja... Perkara yang paling dibenci di asrama adalah makanan di dewan makan.. Bukan apa, nak makan tu barisan sangatlah panjang.. Jadi kadang2 saya skip makan.. Dorm saya tingkat empat, atas sekali.. Penat nak mendaki setiap pagi petang dan malam huhuhu..

    ReplyDelete
  13. kak hana nama saya alif... saya ni kalau cuti sek mesti suka gilaaa tp bila dh 2/3 hari nak balik asrama mesti timbul rasa marah/mengeluh.. apa2 nasihat psl homesick pun ssh nk terima..sy mmg suka duk asrama tapi saya jadi x suka bila tgh cuti pastu nak kena balik asrama.. byk negative thinking yg saya fikir.. saya skrg rasa macam nak duduk rumah and sek biasa je tp sbb sygkn mama papa sy gi asrama and smbg study.. homesick....

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap malam call mama tp x leh ckp yg sy homesick klu x nt kena marah ....

      Delete
  14. Assalamualaikum kak hana.. Saya baru msuk sklh sbp (13 thn)..bila sampai masa nk balik bercuti saya rasa sgt takut sbb saya terfikir time saya nk balik asrama semula..lpstu bila dh balik rumah..saya nk ckp dgn mk saya apa yg saya rasa tapi tak boleh..lpstu after cuti seminggu or 2 minggu saya rasa lagi teruk and rindu nk duduk asrama saya rasa mcm saya rindu nk mcm dulu time mlm tgk tv dgn parents bljr ngan adik beradik and balik sklh je ayh amik..bilq teringat saya rasa mcm sampai bila saya kena tinggal asrama? Saya rasa saya tak bolehh utk duduk asrama saya rasa saya mmg smpi bila bila mcm ni saya tak tau knp..bila org ckp bila rindu doa and bila saya doa lagi rindu yg teramat..kadang2 tu smpi rasa penatt sgt tahan rasa ni..nk menangis setiap masa and saya rasa tak berguna pon duduk asrama..kak hana ada something yg boleh share tak?

    ReplyDelete
  15. Saya rindu nk duduk rumah*bkn asrama sorry salah taip

    ReplyDelete
  16. Saya tengah homesick..dan telah membuat keputusan untuk tinggalkn asrama

    ReplyDelete
  17. salam kak hana..saya bru ja tinggal d asrama dsebabkn nk smbung blajar..tpi sya hmpir stiap hri homesick..ni pon bru hbis kluar air mata..hahah...ha a laa...sya ni kdang time tgh bca quran,tgh solat,tgh mkn pon rasa nk mnagis..smpai tgk kcing yg ada dkt asrama pon nk nangis sbb tringt kcing dkt rmh...stakat ni mmg x brp ada kawan..mgkin sbb tu jgk sya slalu ikut prasaan..so,sya hrp tips kak hana bgi dpt kurgkan homesick...

    ReplyDelete
  18. Im sorry, Hana barubaca semua komen2 ni.

    @SiCilik_06 Normal la tu menangis sambil call ibu. It's a good habit actually call parents hari-hari, sebab dekat situ dah tunjuk betapa pentingnya family untuk awak. But skipping a meal is not good. Especially breakfast, lunch and dinner. Sebab itu keperluan harian kita. Plus, belajar di asrama ini, Hana tahu penat dia ya Allah, kalau boleh nak tidur sahaja masa kelas xD Parents awak dah bayar yuran untuk pastikan awak dapat belajar dan dapat makan secukupnya. So, I hope you will stop to avoid skipping a meal after this. Makan sikit pun jadilah. Rezeki itu. Also, turun tangga sampai tingkat 4 is a good excercise actually. Apa2 pun good luck!

    @adanish_ahza Waalaikumussalam. Alif, normal lah tu. xD Hana pun dulu benci gak nak balik ke asrama sebab tak puas cuti hahaha But if you don't want to live in a boarding school anymore (like memang dah tak ada hati dah nak duduk), then I guess you can always slow talk with your parents about it.

    @unknown Waalaikumussalam. Calm down, dik. Actually, let your mom or dad about what you have been feelings. Tell them everything. Don't let it built inside of you. As For your question, "sampai bila saya kena duduk asrama?". Well, for a long time, dik. Sebab nanti adik masuk uni pun kena duduk asrama/rumah sewa, unless if you live close to your university campus. Kalau kena campak ke Sabah/Sarawak lagi lah, memang every semester, 6 bulan sekali je kot boleh balik rumah (unless if you have the expense to go back every time) Nanti kahwin pun duduk berjauhan juga dengan family. But learning in a boarding school during middle school or high school is a choice. Sekolah asrama ni ada pro and cons dia. Sama juga macam sekolah harian. Kalau adik rasa memang tak boleh sangat nak duduk asrama, then talk to your parents about this. Lain orang, lain rasa. But if you have started to like living in a boarding school for just a bit, try to search more things to like more in it.

    @afiq aiman owh that is too bad, but everyone has their own reasons. Plus, yang nak belajar adalah adik, tak best la kan kalau belajar tetapi tak happy. So all the best and I wish you have a great time learning in a new place that you chose.

    @ just2 waalaikumussalam. Hahahaha that is normal. Hana pun sampai sekarang, walau dari zaman sekolah sampai zaman degree duduk asrama, masa nak dekat final exam, homesick datang tak diduga xD So kawan2 sangat main peranan. Also minta restu mak ayah selalu untuk dipermudahkan urusan. All the best!

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum kak Hana.. Saye selalu homesick walaupun drpd form1 saye duduk asrama.. Lepas tu saye smbung belajar.. Dekat ipt ni saya susah nak cari kwn.. Lagipon saye ni jenis pendiam.. Kadang2 saye slalu sorang2 dlm bilik buat keje sendiri.. Saye homesick bile saye cuti lame...nanti bile masuk sem baru mesti saye akan homesick sgt2..kadang2 saye nangis sorang2 je... Kwn saye just mase saye sekolah menengah je.. Kadang2 saye slalu contact diorang utk luahkan perasaan sbb kat ipt ni saye tak de kwn nak luahkan perasaan... Boleh tak akak bagi tips or kate2 semangat utk saye teruskan belajar sbb sebelum ni saye slalu ckp dekat parent yg saye nak berhenti blaja.. Disebabkan homesick ni...

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum kak hana...selamat tahun baru 2020...saya baru masuk sbp minggu lepas and saya punya homesick memang gila...masa solat berjemaah saya menangis,masa belajar saya nangis,masa mandi pun nangis...and sebelum tidur pun saya nangis...saya baru tingkatan 1 and saya lelaki...kawan kawan saya ada menasihati saya untuk bersabar dan rileks sahaja di asrama...tapi saya tak boleh kerana homesick saya sangat parah...apa benda saya buat mesti saya teringat ibu dan ayah...tolong beri nasihat extra kepada saya...

    ReplyDelete